- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1453

Hidup segan mati tak mahu!. Begitulah perumpamaan tiga buah ‘Rumah Kutai’ tradisional Melayu Perak yang kini semakin terbiar dan mereput.
Rumah yang pernah menjadi tarikan pelancongan di negeri Perak ini, terletak berdekatan dengan Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya.
Read more: Segera Selamatkan ‘Rumah Kutai’ dari mereput begitu sahaja!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 956

IPOH- Hospital Pakar Komuniti Perak (PCSH) tahun ini tampil sekali lagi menganjurkan Program Edaran Bubur Lambuk bagi sesi 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif PCSH, Nicholas Chan berkata program ini sebahagian daripada usaha berterusan PCSH untuk menyumbang kepada masyarakat disamping menyemarakkan semangat bulan Ramadan,
“Aktiviti seperti ini, mampu memupuk persefahaman lebih mendalam dan mengeratkan hubungan kerja dalam kalangan kakitangan di samping menyemai sikap prihatin terhadap masyarakat.
“Sebanyak 1,200 pek bubur lambuk diagihkan kepada para pelawat secara pandu lalu, pemandu-pemandu Grab, kakitangan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perak, Ibu Pejabat Daerah IPD Ipoh, balai-balai polis terdekat, wakil-wakil insuran, wakil-wakil organisasi korporat, dan semua kakitangan PCSH sendiri.
“Disamping itu, kami juga telah mengedarkan 1kg pek gula percuma kepada 100 orang awam pandu lalu pertama yang hadir. Kemeriahan dan kegembiraan jelas terlihat kepada para pelawat yang menerima sumbangan ini. Ia sangat mengembirakan kami” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Pakar Perubatan Dalaman dan Jawatankuasa Penasihat Perubatan PCSH, Dr. Muhd Mikhail Joseph berkata adalah menjadi amalan umat Islam untuk bersedekah kepada masyarakat pada bulan Ramadan.
“Bubur lambuk merupakan menu istimewa di bulan Ramadan. Ia makanan berkhasiat tinggi untuk mengembalikan semula tenaga semula setelah penat berpuasa seharian.
“Inilah aktiviti tahunan kami yang bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan diantara kakitangan PCSH malah kepada semua pelawat yang berbilang bangsa,” ujarnya. - PERAKTASTIC-
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1068

IPOH: Malaysia & Santan (M&S) tampil membantu (Perusahaan Kecil Sederhana) PKS di Perak dengan mengedarkan lebih 5,000 pek santan secara percuma.
Pengarah Urusan M&S, KC Chung berkata inisiatif yang dilaksanakan bersama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bertujuan membantu usahawan PKS Perak yang menggunakan santan dalam produk makanan keluaran mereka.
Read more: M&S edar lebih 5,000 pek santan kepada usahawan tempatan
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 839

IPOH- Sebanyak RM10,000 diagihkan kepada 30 orang ibu tunggal dalam membantu meringankan perbelanjaan di bulan Ramadan.
Pengerusi Heart & Craft, YM Raja Putra Shah berkata sumbangan itu merupakan hasil jualan lukisan para peserta Bengkel Ilham Mataku 'Expression from the Heart’.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1079

IPOH - Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai pada Program Agihan Bubur Lambuk di pekarangan pasaraya besar Mydin Meru di sini semalam.
Program ini dijayakan bersama antara syarikat pemaju hartanah tempatan, Mimbar Nusantara Holdings Sdn. Bhd. (Mimbar Nusantara) dengan kerjasama Mydin Malaysia.
Read more: Mimbar Nusantara, Mydin Meru agihkan 2,000 bekas bubur lambuk







