- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 930

IPOH - Seramai 13 kanak-kanak dari Pertubuhan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al Yassin, Taman Cempaka, Ipoh diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Travelodge di sini semalam.
Turut berbuka puasa bersama ialah para petugas rumah kebajikan tersebut serta dua warna emas.
Read more: Terima kasih DSV, anak-anak yatim seronok dapat berbuka di hotel – Norizan Razali
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1232

Kecekalan dan kesabaran adik Hanis Sofea Norazman, 18, menjual biskut untuk menyara ibunya mendapat perhatian beberapa pihak.
Pasaraya Econsave, antara pihak yang tampil menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian bernilai RM300.00.
Read more: Econsave dan SMK Raja Perempuan Ipoh bantu Hanis Sofe
- Details
- Saloma
- Komuniti
- Hits: 796
IPOH: Kerajaan negeri akan merujuk kepada pihak berwajib berhubung isu keselamatan eskalator di Stesen Keretapi Ipoh, di sini yang dikatakan uzur dan tidak lagi sesuai untuk pengguna.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pihaknya mempunyai komitmen untuk memastikan kemudahan asas berada dalam keadaan baik.
Read more: Rujuk pihak berwajib isu eskalator uzur di Stesen Keretapi Ipoh
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1055

Kebahagiaan dirinya ialah untuk melihat ibunya tersenyum walaupun terpaksa mengorbankan zaman remaja.
Begitulah kecekalan, Hanis Sofea Norazman, 18, memiliki kesabaran tinggi menjaga ibunya yang uzur akibat serangan angin ahmar ringan (strok minor) sejak tujuh bulan lalu.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 796

IPOH - Hubungan baik yang sedia terjalin antara media negeri Perak dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dieratkan lagi menerusi sesi minum petang yang diadakan semalam.
Majlis yang diadakan di Hotel Impiana ini dihadiri kira-kira 30 petugas media pelbagai agensi termasuk Ipoh Echo dan Peraktastic yang berlangsung dalam suasana santai.
Program Koloborasi UPSI Bersama Media Perak ini antara lain bagi bertukar-tukar pandangan dan mewujudkan jaringan kerjasama yang boleh diteroka.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof. Madya Dr. Mohd. Izwan Shahril berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih atas sokongan pihak media dalam melaporkan berita mengenai universiti tersebut.
Katanya, peranan media membantu menyampaikan maklumat yang luas kepada masyarakat khususnya pengetahuan dan pendidikan terkini yang ditawarkan oleh universiti.
"Saya hargai kesudian para pengamal media yang sudi meluangkan masa hadir sesi minum petang bersama membincangkan tentang jaringan komunikasi dua hala.
"Ini termasuk mengenai perkembangan media, perancangan aktiviti dan kolaborasi antara dua pihak dalam usaha meningkatkan imej universiti," ujarnya.
Secara tidak langsung, ini telah memberikan impak positif sesebuah universiti dalam membina jenama pendidikan di peringkat nasional.
Turut dibincangkan ialah cadangan untuk mengadakan satu program khusus antara media negeri Perak dengan UPSI yang akan diadakan di kampus universiti itu di Tanjung Malim.







