Ipoh- “Kami sangat teruja, inilah masa untuk kami bercuti bersama keluarga setelah sekian lama terkurung akibat pandemik Covid-19,” kata Nurfadhilah Muhammad, 34, dari Manjung merupakan salah seorang penumpang pesawat Airbus A320, Air Asia ke Langkawi.

Menurutnya, penempahan tiket penerbangan telah dibuat sejak lima hari lalu untuk bercuti sambil berehat bersama suami dan tiga anaknya ke pulau peranginan itu.

Sekian lama anak-anak kami ingin bercuti dan kebetulan peluang ini kami gunakan sebaik mungkin. Namun, kami akan sentiasa memastikan Standard Operating Procedure (SOP) dipatuhi demi keselamatan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemubual sementara menunggu waktu berlepas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) hari ini.

Penerbangan pertama ke Langkawi ini membawa seramai 141dewasa dan 23 kanak-kanak pada jam 1.40 petang dan sampai ke Langkawi International Airport pada 2.30 petang.

Syarikat penerbangan Air Asia menyediakan penerbangan dua hala iaitu Ipoh-Langkawi-Ipoh sebanyak tiga kali seminggu susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung di Pulau Mahsuri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan pengangkutan Awam Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata berdasarkan jumlah penumpang yang berlepas hari ini menunjukkan reaksi baik terhadap projek rintis gelembung pelancongan yang diperkenalkan itu.

Di sebalik kegairahan untuk melancongan, adalah diingatkan supaya Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan dapat diikuti serta dipatuhi bagi memastikan kesalamatan diri dan orang lain terjamin dari penularan wabak Covid-19.

Ujian pengesahan Covid-19 secara RT-PCR atau Antigen menerusi mana-mana fasiliti awam atau makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas adalah diwajidkan. Keputusan itu perlulah dibawa bersama-sama bagi tujuan pemeriksaan di pintu masuk sebelum berlepas.

Mereka juga harus membeli sendiri ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang dan terminal feri untuk menjalani pengesahan di situ, “ katanya dalam sidang media sempena Sambutan Penerbangan Pertama AirAsia Ipoh-Langkawi-Ipoh di LTSAS hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Penolong Pengarah Kanan (Survelan) Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit (Jabatan kesihatan negeri Perak), Doktor Mohd. Zamri Md Ali dan Pengurus Operasi AirAsia, Cho Yong Khang.

Pasangan suami isteri Norsyamira Buyamin, 32, dan Johan Nasser, 48, dari Kampar juga mengambil peluang bercuti ke Langkawi selepas kali terakhir berkunjung ke situ pada 2013 lalu.

Sementara kerajaan berikan peluang untuk bercuti ini, eloklah kita manfaatkan, paling penting kita kena amalkan penjagaan diri dan SOP yang ketat,” katanya.

 

 

IPOH - Kerajaan Negeri Perak mencadangkan supaya tiada lagi pelancong yang 'walk in' jika ingin bercuti ke Pulau Pangkor sebaliknya menempah tiket feri secara dalam talian bagi mengelakkan kesesakan di jeti pulau peranginan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, ia berikutan pembukaan gelembung pelancongan bagi Pulau Pangkor sebagai destinasi Pulau Bebas Cukai (PBC) yang dijangka akan bermula pada 1 November ini.

IPOH – Cadangan kerajaan negeri Perak untuk membuka Pulau Pangkor kepada pengunjung terpaksa ditangguhkan berikutan lokasi peranginan tersebut masih belum bersedia bagi Program Destinasi Bebas Covid-19 Fasa 2 Pelan Pemulihan Pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan bersama Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad semalam.

IPOH-Orang ramai kini berpeluang menikmati diskaun baucer #TravelPerakLah Fasa I-III yang dilancarkan semula oleh Tourism Perak bagi membantu industri pelancongan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohammed Radzi berkata pelancaran semula ini secara tidak langsung membantu pengusaha hotel dan homestay dalam menggerakkan ekonomi setempat yang mengalami kemerosotan sejak Mac 2020.  

IPOH - Perak masih lagi menjadi pilihan pelancong domestik walaupun berdepan dengan situasi sukar bersandarkan kepada kepelbagaian produk pelancongan yang boleh diterokai.

Buktikanya, Perak menerima kedatangan pelawat domestik kedua tertinggi pada tahun lalu iaitu kira-kira 13.17 juta pelawat selepas Selangor walaupun daripada segi angka bilangannya menurun.

IKLAN PERNIAGAAN