- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 720
IPOH - Kerajaan negeri Perak melalui Tourism Perak sentiasa berusaha dalam mempergiatkan dan menyemarakkan kembali sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19.
Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata, sejajar dengan pengumuman kebenaran rentas negeri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, pelbagai inisiatif telah diambil untuk mengembalikan keyakinan para pengunjung dan pelancong supaya kembali melancong ke negeri Perak.
"Penganjuran acara Perak Scavenger X Geo-Wonders Virtual Run 2021 bermula pada 20 Oktober hingga 20 November 2021 di beberapa lokasi tumpuan pelancong seluruh Perak antara acara yang menarik perhatian ramai.
"Acara sukan secara maya ini diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-3 Geopark Lembah Kinta yang disambut pada 25 Oktober setiap tahun," katanya menerusi sidang media Perak Scavenger Virtual Run 2021 secara maya semalam.
Menurutnnya, penganjuran acara ini juga dilihat dapat membantu mempromosikan geo-tapak yang menekankan konsep pembangunan lestari merangkumi penekanan kepada keseimbangan fizikal, pembangunan dan pengurusan.
“Antara 17 lokasi terpilih seperti Kellie’s Castle di Batu Gajah, Bagan Datoh, Teluk Intan, Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 (TT5), Taman Tasik Taiping dan Teluk Batik, Lumut.
“Lokasi lain ialah Tambun di Ipoh, Bandar Muallim, Gua Tempurung (Gopeng), Parit 11, Gunung Lang, Lata Ulu Chepor, Gunung Panjang,Gua Batu Giring, Gua Kandu, Kampar dan Kuala Kangsar,” ujarnya.
Yuran penyertaan pula sebanyak RM30 bagi peserta dan para peserta akan diberikan cenderahati berupa baju-T edisi khas acara dan sijil penyertaan.
Nurmalis menambah, Kerajaan Negeri juga telah merancang beberapa acara lain yang mampu memberi impak kepada pemulihan sektor pelancongan sepanjang bulan November hingga Disember 2021 seperti #TravelPerakLah Surfcasting Challenge 2021 yang akan dijalankan pada 20 November 2021.
Turut dirancang ialah program promosi MATTA Fair pada 20-21 November 2021, Perak International Sea Challenge 2021 pada 10-12 Disember 2021 dan lain-lain lagi.
"Penganjuran acara seumpama ini diharap membantu mengaktifkan semula sektor pelancongan domestik dan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi masyarakat setempat setelah terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 734
IPOH- Pulau Pangkor mengungguli sebagai lokasi percutian pilihan paling popular selepas pembukaan semula sektor pelancongan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammad Radzi berkata berpandukan data yang dikeluarkan, Pulau Pangkor menunjukkan prestasi tertinggi iaitu sebanyak 78.0% tempahan penginapan melibatkan 53 buah hotel yang berdaftar di bawah Persatuan Hotel dan Resort Pulau Pangkor, 1156 bilik dan 900 tempahan dari pelawat sepanjang tempoh 10-17 Oktober 2021.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 991
Ipoh- “Kami sekeluarga berasa selamat dan gembira bercuti di Lost World Of Tambun (LWOT). Tiada perasaan ragu-ragu terhadap perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di sini ,” ujar Rania Elmuzayen, 41, salah seorang pelancongan asing yang menetap di Kuala Lumpur.
Rania Elmuzayen, berasal dari Denmark, memilih taman tema air LWOT untuk kembali bercuti bersama keluarga kerana keindahan alam semujadi yang tenang selain dari pelbagai aktiviti kekeluargaan banyak dilakukan di sini.
Read more: LWOT kembali dibuka, keselamatan pengunjung diutamakan
- Details
- Rubiah Nordin
- Pelancongan
- Hits: 2602
Terletak di lokasi paling utara Negeri Perak, daerah Kerian sememangnya terkenal dengan pertanian dan perikanan.
Berbicara lebih lanjut di slot ‘PBT dan Anda’ menerusi siaran pagi Radio MBI, baru-baru ini, bersama Pembantu Tadbir Unit Pelancongan Majlis Daerah Kerian, Ghazali Mohd Hanif, berkata, asal usul nama ‘Kerian’ ini juga amat menarik.
“Pada masa dulu, terdapat seorang Residen British yang datng ke sini atas urusan perbicaraan kes tg kes jenayah..ketika beliau nak balik, menyelusuri sungai untuk naik ke atas kapal menuju ke Pangkor, beliau terlihat tanah yang dibawah pemerintahan Sultan Perak di sebelah kiri , tetapi beliau tidak dpat menyebut ‘Kiri’ dengan baikk sebaliknya menyebut ‘Kirian’.
“Lama-lama ia telah menjadi bahan bualan dan ejekan. Lantaran itu, apabila hendak dipatenkan nama daerah tersebut, terus ditukarkan kepada Kerian pada tahun 1800-an,” menurut Ghazali.
Katanya, daerah Kerian mempunyai lapan mukim di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kerian (MDK) iaitu , Bagan Serai, Parit Buntar, Alor Pongsu, Beriah, Semanggol, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Tiang.
Beliau berkata, keluasan kawasan operasi dibawah pentadbiran MDK ialah 122.71 kilometer persegi.
“Dari segi geografi, Kerian adalah kawasan yang terkenal dengan jelapang padi dan hasil laut,” katanya lagi.
SEKTOR EKONOMI SETEMPAT
Ghazali berkata, sektor ekonomi daerah ini dijanakan daripada sektor pertanian dan sumber perikanan.
Pekerjaan utama penduduk di pula adalah petani dan nelayan namun selebihnya adalah berkerja dalam perkhidmatan awam, agensi swasta dan berniaga.
PETA PELANCONGAN
DATARAN BAN PECAH & PANTAI BAN PECAH
Lokasi yang terkenal dengan aktiviti memancing bagi kaki pancing pula adalah Ban Pecah yang terletak dalam kawasan Tanjung Piandang dan Kuala Kurau iaitu sebuah perkampung nelayan di situ.
Jelasnya, di situ juga terdapat sebuah dataran yang baru di bina , Dataran Ban Pecah di Tanjung Piadang.
Selain itu, terdapat juga Pantai Ban Pecah di Mukim Kuala Kurau dan aktiviti yang paling terkenal adalah berbasikal sambil menikmati keindahan pandangan laut China Selatan dan sawah padi.
“Sebelum wujudnya dataran tersebut, para peniaga di situ hanya berniaga di warung-warung namun kini kita telah menyediakan gerai-gerai yang lebih selesa,” tambahnya.
Katanya lagi, disebabkan kisah keindahan lokasi berkenaan telah viral, ramai kaki pancing telah sampai ke situ dan pernah juga berjaya menangkap ikan pari seberat 20 kilogram selain ikan sembilang sirip merah.
Lokasi itu selain menerima kunjungan kaki pancing, ramai yang datang bersama-sama keluarga untuk aktiviti riadah, bersukan dan menyewa inap desa di situ.
KUALA GULA & BURUNG HIJRAH
Dalam pada itu, sebuah lagi lokasi yang terkenal di daerah ini adalah Kuala Guna Bird Santuary.
Ia adalah tempat persinggahan bagi 48 spesis burung yang berhijrah dari negara-negara seperti Rusia, China, Jepun, Mongolia termasuk Khazastan dan Siberia.
Kata Ghazali lagi, pusat konservasi tersebut adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perhilitan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan burung-burung hijrah tersebut, boleh ke pusat konservasi itu, yang mana kebiasaannya proses penghijrahan itu berlaku pada bulan September hingga awal Januari setiap tahun.
PENTERNAKAN KERANG
‘Pesta Makan Kerang’ merupakan acara tahunan di Kuala Gula.
Menurut Ghazali, acara yang berlangsung pada setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan itu, menyaksikan kehadiran ramai pengunjung yang datang dari luar daerah seperti dari Ipoh, Batu Gajah dan Manjung.
"Pada ketika itu, kita dapat lihat kenaikan harga kerang kerana permintaan yang tinggi semasa ‘Pesta Makan Kerang’ yang biasanya berlangsung selepas solat tarawih.
"Selain itu, peniaga kedai makanan juga dapat menjana ekonomi dengan penjualan kerang yang mencapai sebanyak 300kg satu malam,” kata beliau.
PULAU ORANG UTAN
Kawasan seluas 35 ekar di Bukit Merah Laketown telah dijadikan Pulau Orang Utan, satu-satunya pusat pemulihan Orang Utan di Semenanjung Malaysia.
Para pengunjung boleh menyaksikan sendiri habitat Orang Utan ini dekat lebih dekat lagi.
PASAR KEMBOJA
Satu lagi tarikan yang terdapat di daerah ini, adalah Pasar Kemboja yang mana ia dibuka pada setiap Sabtu.
Kebiasannya pelancong dari luar yang dalam perjalanan ke Perlis misalnya, akan singgah di pasar ini untuk mendapatkan barangan yang istimewa dari Kemboja.
Lokasi pasar ini terletak di pinggiran dataran sungai, Parit Buntar sememangnya memberikan satu daya tarikan.
- Details
- Rubiah Nordin
- Pelancongan
- Hits: 1090
TAIPING - Seramai 13 orang pencinta unggas dan alam semujadi berjaya merangkul hadiah utama dan saguhati dalam Pertandingan Fotografi Burung (Hard Disk Drive 2021) sempena satu program pelancongan di daerah ini, pada awal Oktober .
Tempat pertama pertandingan itu dimenangi oleh Yoong Beng Wah dari Simpang, Taiping; tempat kedua pula dimenangi oleh Wee Gek Sim, Pulau Pinang manakala tempat ketiga, Hee Chee San, Ipoh, Perak
Sementara itu, hadiah saguhati dimenangi oleh Haji Luntar Pungut, Hooi Kum Woh, Joshua Lim Meng Yew, Koay Zhong Ying, Kong Yoke Ying, Lee Hock An, Liow Chien Ying, Roslan Mohd Darus, Soo Kai Oon dan Victor Loo.
Dalam pada itu, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, ini adalah kali kedua acara seumpamanya diadakan sempena program ‘Taiping Bird Week 2021’ (TPW).