IPOH – Tourism Malaysia Wilayah Utara menawarkan 10 pakej pelancongan mampu milik di lokasi-lokasi menarik sekitar negeri Perak dengan harga serendah RM138.

Pemangku Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, M Yoganthiran berkata, pelaksanaan pakej pelancongan ini turut mendapat kerjasama Wow Cuti yang membantu dengan mempromosikannya di laman sesawang wowcuti.my.

IPOH – Selepas hampir lima tahun Juwita hidup bersendirian, akhirnya bertemu jodoh dengan Jiwang dan disatukan dalam majlis perkahwinan pasangan badak air pertama yang diadakan seumpamanya di Malaysia.

Ketika keduanya ingin ditemukan, pasangan badak air itu seolah-olah ‘malu-malu kucing’ apabila pengantin jantan, Jiwang berlari keluar daripada kolam apabila Juwita muncul untuk bertemu dengannya.

IPOH – Ipohpedia adalah platform digital yang dibangunkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertujuan untuk menyalurkan maklumat berhubung tarikan, aktiviti, perkhidmatan serta pendokumentasian mengenai pembangunan dan warisan bandar raya Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, MBI melalui Jabatan Perancang Bandar melaksanakan sistem dokumentasi berbentuk digital elemen warisan bandar raya ini secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Ipoh ke arah Bandar Pintar.

IPOH- Kehadiran pelancong antarabangsa ke negara ini pada separuh pertama tahun 2020 menunjukkan penurunan mendadak kepada 68.2 peratus berbanding tahun 2019.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, perbelanjaan pelancong bagi separuh pertama tahun 2020 mencatatkan  RM12.5 bilion menampakkan penurunan sebanyak 69.8 peratus berbanding RM41.6 bilion pada 2019.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisiatif mempelbagaikan lokasi tarikan pelancongan di bandaraya ini dengan mengecat lukisan mural limau bali di Jalan Ampang-Tambun di sini. 
 
Terdapat dua lukisan mural iaitu bermotifkan limau bali dan satu lagi yang dilukis di tepi jalan sepanjang 50 meter.