PUTRAJAYA – Masih ada dalam kalangan orang ramai yang berdegil untuk cuba melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran apabila sebanyak 93 kenderaan diarahkan berpatah balik semalam.

Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi adalah Pahang sebanyak 38 kenderaan, Melaka (27) dan Selangor (24).

PUTRAJAYA - Lelaki Rohingya yang dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ahad lalu ditahan hari ini. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan perkara itu dalam sidang media harian di sini. 

KUALA LUMPUR - Operasi bagi menangani kes pemandu mabuk telah dipertingkatkan oleh polis di setiap negeri bagi mengesan kesalahan membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Sepanjang lima bulan pertama tahun ini sebanyak 21 kes membabitkan pemandu mabuk dicatatkan yang mana lapan mangsa meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, Ops Mabuk telah dipertingkatkan sejak kekerapan kes kemalangan serupa.

KUALA LUMPUR - Pengeluaran lesen baharu untuk penjualan arak wajar dibekukan sehinggalah panduan dan semakan perundangan mengenainya dilakukan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, cadangan tersebut susulan berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk.

PUTRAJAYA - Orang ramai diseru supaya memuat turun aplikasi MySejahtera dalam membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan ini membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Antaranya membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan Covid-19.