PUTRAJAYA – Seramai 2,189 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menjadi kumpulan pertama yang dihantar pulang ke negara asal pada hari ini sepertimana yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Kesemua mereka berada di depot-depot Imigresen di seluruh negara.

PUTRAJAYA - Kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal yang disenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan 'one-off' sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka dalam berdepan wabak Covid-19.

PUTRAJAYA – Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan kerajaan sebagai inisiatif pengambilan pekerjaan untuk menggalakkan syarikat mengambil pekerja dalam kalangan pengganggur dan golongan belia.

PUTRAJAYA - Sebanyak RM9 bilion diperuntukkan kerajaan dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negara ekoran wabak Covid-19 khususnya membabitkan pelbagai sektor pekerjaan.

PUTRAJAYA  – Polis menerima kereta peronda baharu apabila sebanyak 30 buah kenderaan jenis Honda Civic 1.8 diserahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Majlis penyerahan kenderaan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.