Kuala Kangsar, 10 Des- Seramai lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di hadapan DYMM Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Nadzrin Shah di Istana Iskandariah pada jam 2.45 petang, di sini, hari ini.

 

Kuala Kangsar, 10 Dec : Menteri Besar Perak baharu Datuk Saarani Mohamad menyeru semua pihak untuk sama-sama mara ke hadapan dengan meletakkan agenda pembelaan rakyat sebagai keutamaan.

Menurut beliau amanah yang baharu diberi sebagai menteri besar bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk memastikan kerajaan negeri Perak ditadbir secara berhemah, adil lagi saksama kepada setiap lapisan rakyat,

 

Kuala Kangsar, 10 Dec- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nadzrin Muizuddin Shah mengingatkan pemimpin politik agar tidak memandang ringan terhadap tanggung jawab dan amanah yang diberi.

Menurut baginda, istiadat perlantikan Menteri Besar kali ketiga ini telah mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Negeri sebelum ini.

“Perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan, perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.

“Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat”, titah baginda selepas Istiadat Perlantikan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Baginda juga mahukan sebuah negeri yang aman lagi makmur, dengan pemerintahan yang melaksanakan keadilan dan membina kerukunan, agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati penuh harmoni.

Pemimpin juga diseru supaya menumpukan perhatian dikalangan rakyat berpendapatan rendah akibat kesan pendemik Covid-19 dimana kebanyakan rakyat telah kehilangan pekerjaan dan hidup dalam kemiskinan.

“Rakyat meletakkan harapan bahawa anda akan dapat membantu untuk menambah baik kawasan tempat tinggal mereka, membantu menyediakan pelbagai keperluan perkhidmatan, membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka, serta membantu memenuhi sebanyak mungkin keperluan sosial mereka”, titah baginda.

Datuk Saarani Mohamad dilantik sebagai Menteri Besar ke 14 setelah mendapat perkenan Sultan Perak berdasarkan menjori mudah dari Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) semalam.

End//

 
IPOH- Parti DAP Perak membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO demi membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, kukuh dan stabil. 
 
Pengerusi DAP PERAK, Nga Kor Ming  berkata melalui kenyataan media hari inj,  keputusan itu diambil tiada satu parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan yang stabil berikutan kejatuhan kerajaan PN di Perak pada 4hb Disember, 2020 lalu.

IPOH: Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan  mempersembahkan nama pemimpin dari UMNO kepada Sultan Perak  bagi mempertimbangkan calon menteri besar Perak.

Beliau berkata demikian selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.