- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Dalam Negeri
- Hits: 381
IPOH- Dato ’Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar di kediaman bekas MB.
Beliau memberitahu demikian setelah mengadakan pertemuan dengan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada jam 3 petang hari ini.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Dalam Negeri
- Hits: 451
IPOH- Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu meminta orang ramai bertenang dan bersabar berhubung dengan pergolakan politik negeri Perak sekarang ini.
Beliau berkata demikian apabila menjawab beberapa soalan mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar setelah beliau gagal mendapat sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam undi usul percaya terhadapnya semalam.
“Rakyat tidak perlu runsing dan bimbang mengenai apa yang terjadi terhadap pentadbiran negeri Perak. Sebenarnya saya berasa susah hari kerana tidak berkesempatan untuk membentangkan belanjawan negeri Perak yang sepatutnya dibentangkan semalam.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Dalam Negeri
- Hits: 483
IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap kestabilan pemerintahan negeri Perak akan terus terjamin serta dapat mempertahankan keharmonian rakyat dari bertelagah sesama sendiri.
Beliau berkata sedemikian selepas ditanya berhubung keputusan undian usul percaya yang tidak menyebelahinya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Read more: Hentikan pertelagahan politik, tumpukan kepentingan rakyat -Ahmad Faizal
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Dalam Negeri
- Hits: 1289
IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa akur serta sekali gus gagal mempertahankan kedudukan Menteri Besar Perak setelah tidak mendapat sokongan majoriti selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tadi.
Read more: Peja Gagal Pertahankan Jawatan Menteri Besar Perak
- Details
- Norraidah Awang
- Dalam Negeri
- Hits: 548
LARUT- Pasukan polis telah diarahkan mengambil langkah tegas dan menyerang habis-habisan individu yang membuat ugutan dan berani mengancam keselamatan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya mahu individu terbabit yang dikenali sebagai sebastian dan terbabit dengan kumpulan pengganas, harimau pembebasan tamil eelam (ltte) 2.0 segera ditahan.