IPOH- Salah seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar Perak telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan kesihatan.

Sebagai langkah keselamatan, Pejabat Menteri Besar diarahkan tutup dan proses sanitasi telah dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

 

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjunjung titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar seluruh rakyat bersatu hati dalam membantu Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa membendung wabak COVID19 dengan mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan khususnya yang berfahaman politik.

 

Ipoh- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Dato' Aznel Ibrahim hari ini telah mengangkat sumpah jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu.

IPOH- Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu menyambut baik menyambut baik Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM7 bilion pastinya akan memberi nafas lega kepada 10.6 juta penerima dari golongan sasar.


GOPENG – Dua mangsa yang merupakan pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Proton Wira cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tiga tan di Kilometer (KM) 305.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, kereta dinaiki lelaki dan wanita itu melanggar belakang lori berkenaan menyebabkan kedua-duanya tersepit pada tempat duduk masing-masing.