IPOH - Amalan ziarah tanah perkuburan pada pagi Aidilfitri tidak dibenarkan di negeri ini bagi mengelakkan risiko penularan wabak Covid-19. 

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya membuat keputusan tersebut bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

IPOH - Dimaklumkan bahawa Pasar Besar Ipoh akan ditutup selama 2 hari bermula 18-19 Mei 2020 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan sempena Gotong Royong Mega.

Gotong-royong mega ini dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Awam Kinta (Unit Penyakit Berjangkit) Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memerangi  wabak denggi dan chikungunya di kawasan persekitaran Pasar Besar Ipoh.

IPOH - Perak melaksanakan solat Jumaat 'bersyarat' selepas dua bulan aktiviti itu dihentikan akibat penularan wabak Covid-19.

Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh, Syed Mohd Muzzaffar Syed Azlan berkata 12 orang jemaah termasuk beliau dan khatib menjalani ibadat itu di sini, hari ini. 

IPOH, 14 Mei - Kerajaan negeri Perak melalui Digital Perak Corporation Holding (Digital Perak) hari mementerai kerjasama S.M.A.R.T Niaga@Perak melalui memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat pengendali platform e-dagang.

Antara syarikat terbabit ialah Lazada Malaysia, Shopee Malaysia, syarikat pengendali bayaran ‘e-wallet’ Boost, Axiata Digital Ecode Sdn.Bhd. (Boost) serta Axiata Digital Capital Sdn. Bhd. (Aspirasi).

IPOH - Hanya 12 orang jemaah sahaja dibenarkan melakukan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau seluruh negeri Perak setelah diperkenankan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat yang telah dipersetujui yang melibatkan bilangan jemaah termasuk imam dan khatib serta bilangan tidak melebihi 12 orang sahaja.