IPOH - Berikutan penularan wabak Denggi dan Chikungunya, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memberi amaran kepada pemilik tanah terbiar agar segera menguruskannya dari menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau berkata pihaknya akan mengenal pasti pemilik lot tanah terbabit dan akan mengeluarkan surat amaran untuk tindakan segera.

"Dianggarkan kira-kira 40,000 lot tanah di seluruh bandar raya ini dikenalpasti sebagai tanah yang sengaja dibiarkan pemilik.

IPOH - Seorang pekerja warga Indonesia maut selepas dihempap sisa runtuhan dinding rumah dalam kejadian yang berlaku di Taman Silibin Indah, dekat sini, petang semalam. 

Kejadian itu berlaku kira-kira satu jam selepas Exco Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zolkafly Harun membuat tinjauan keadaan kawasan tersebut yang mengalami gelongsoran tanah. 

Mangsa, Junaidi Razak, 40, disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian. 

IPOH - Rohim Mohd Zokaria, 27, seorang warganegara Rohingya dilaporkan telah melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Tanjung Rambutan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner, Anuar Othman berkata, kehilangan lelaki itu disedari oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) pada jam 11 pagi semalam sewaktu membuat pemantauan kesihatan terhadap mereka yang dikuarantin di Blok E-2-83.

IPOH - Penghuni sebuah rumah terselamat daripada kecelakaan apabila kediaman mereka terbakar dalam satu kejadian di Taman Pengkalan Jaya di sini pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu turut menyebabkan dua buah rumah teres bersebelahan rosak.

Kepulan asap daripada kebakaran itu juga mengejutkan penghuni di kawasan kejiranan tersebut.

BATU GAJAH - Semua pelajar dan warga maahad tahfiz di Perak telah menjalani saringan Covid-19 sekurang-kurangnya sekali dan ada yang telah memasuki saringan kali kedua sepertimana yang diarahkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP), Mohd Azlan Suhaimi berkata, selain menjalani ujian saringan Covid-19, sebahagian besar maahad tahfiz juga telah menjalani proses nyah kuman. 

Menurutnya, seluruh maahad tahfiz di Perak berjumlah 116 buah telah mematuhi segala arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari pihak Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).