BAGAN SERAI- Malang berganda. 

Sudahlah hilang punca pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini ketua keluarga pula terlantar akibat penyakit Lumbosacral Spine atau tulang bernanah. 

Demikian nasib Nadzri Mohamed, 53, dari Taman Serai Jati, di sini apabila bukan sahaja hilang punca pendapatan dan tidak boleh berniaga, malah tidak lagi mampu berdiri berikutan penyakit yang dialami.

IPOH - Bandaraya Ipoh meraikan sambutan ulangtahun yang ke-32 pada bulan ini sekaligus menyaksikan tranformasi kepesatan sebuah bandar yang disifatkan antara paling unik di negara ini.

Ia mempunyai sejarah dan identiti tersendiri yang telah mewujudkan pelbagai keistimewaan.

Ipoh diapit oleh Banjaran Titiwangsa di sebelah Timur dan Gunung Kledang di sebelah Barat.

IPOH - Degil! Demikian sikap 18 muda-mudi yang ditahan polis awal pagi tadi kerana berhibur di sebuah apartment di Meru, dekat di sini.

Mereka yang berusia antara 17 hingga 26 tahun itu termasuk empat wanita pernah ditahan sebelum ini kerana melanggar kesalahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Remaja lelaki berusia 17 tahun, masih bersekolah dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

IPOH - Unit Perolehan Darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh memerlukan sokongan masyarakat bagi mengisi bekalan tabung darah di hospital berkenaan.

Ini berikutan bekalan darah sedia ada semakin berkurangan disebabkan jumlah penderma yang merosot sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

IPOH - Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan memberikan sumbangan khas kepada guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, atas tindakan beraninya menyelamatkan empat remaja perempuan daripada lemas dalam tali air di Kampung Gajah, pada Rabu lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menzahirkan penghargaan kepada guru berusia 31 tahun itu atas keberanian dan jasanya menyelamatkan mangsa.