Ipoh- Bandaraya Ipoh kini menjadi tumpuan dunia sempena kejohanan badminton bertaraf dunia yang sedang berlangsung di Arena Badminton, Ipoh bermula 8 hingga 13 November 2022.

Presiden Perak BA, Dato' Samsudin Hashim berkata kejohanan Petronas Malaysia International Series (PMIS) bakal menyaksikan saingan sengit lebih 400 orang pemain badminton remaja dunia dari 23 buah negara seluruh dunia.

GOPENG: Pelbagai kaedah menarik diguna pakai untuk meuar-uarkan serta memperkenalkan calon parti masing-masing ketika tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengambil pendekatan lebih berani dan menonjol, calon BN Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya menggunakan bas "Hop On Hop Off" (HOHO) sepanjang tempoh 14 hari berkempen.

GOPENG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan pihaknya berniat untuk meneruskan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, jika diberi mandat menerajui pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, untuk itu pihaknya akan mencari tanah lain bagi merealisasikan hasrat berkenaan, susulan tanah sebelum ini sudah dijual kepada pihak lain.

GOPENG: Perak memberi bayangan akan mengikut jejak langkah beberapa negeri lain untuk mengisytiharkan cuti umum pada 18 November ini bagi memudahkan rakyat pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun berkata, perkara itu hanya dapat diputuskan selewatnya Isnin depan, setelah mendapat pandangan daripada Penasihat Undang-undang Negeri (LA).

IPOH: Calon,penyokong dan petugas parti yang berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dinasihatkan tidak memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bulan dan matahari, yakni yang tidak dapat dikotakan, dan akhirnya rakyat berasa tertipu.

Itu antara pesanan yang ditegaskan menerusi khutbah Jumaat di seluruh Perak pada Jumaat, dengan tajuk Pilihan Raya: Tanggungjawab Ummah Kepada Negara.

IKLAN PERNIAGAAN