IPOH - Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini mengesahkan hanya pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar sahaja dikesan positif Covid-19.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, pihaknya hanya menerima laporan kes jangkitan wabak itu di Perak sahaja setakat ini dan tiada sebarang laporan membabitkan lain-lain MRSM di seluruh Malaysia.

PUTRAJAYA - Sebanyak 4,869 kes atau 98.1 peratus daripada pesakit Covid-19 yang dilaporkan adalah pesakit dalam kategori satu dan dua.

Manakala 96 kes atau 1.9 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

PUTRAJAYA - Kluster pendidikan kembali meningkat pada minggu epidemiologi (ME) ke-48 yang dicatatkan bermula 28 November sehingga 4 Disember lalu.

Data mendapati, daripada 16 kluster baharu melibatkan institusi pendidikan, sebanyak 12 kluster berlaku di sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi (IPT).

Varian COVID-19 baharu, Omicron dijangka akan mengambil alih untuk menjadi varian dominan selepas varian Delta.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata pada masa ini varian yang dominan ialah varian Delta yang menyumbang 99.8 peratus penjujukan, seperti dimuat naik di Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) dengan spesimen dikumpul 60 hari lalu.

KUALA LUMPUR - Perak dengan 2.51 juta penduduk tersenarai dalam lima negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia.

Negeri yang paling ramai penduduk ialah Selangor dengan 6.5 juta, malah negeri itu juga adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang sentiasa ingin maju ke hadapan.