- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 779
IPOH – Gerakan politik yang dilakukan sebilangan Ahli Parlimen untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mempunyai agenda politik demi kepentingan peribadi.
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau terkilan dengan tindakan rakan-rakan tersebut tatkala rakyat Malaysia terus menderita akibat pandemik Covid-19.
Read more: Ahmad Faizal terkilan gerakan politik pada masa pandemik
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 808

IPOH - Kes Covid-19 diramal meningkat di Perak dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi berdasarkan trend jangkitan wabak tersebut sejak kebelakangan ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat peningkatan kes jangkitan terutamanya kes-kes kategori 4 dan 5 yang memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).
- Details
- Dalam Negeri
- Hits: 740

IPOH - Polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Perak pada Jumaat lalu berhubung isu sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil bungkusan 'nasi ganja' yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum pihak tersebut membuat keputusan lanjut.
Read more: Polis serah kertas siasatan helikopter 'nasi ganja' untuk pendakwaan
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 989

LENGGONG – Kerajaan negeri Perak belum lagi memuktamadkan keputusan untuk menjadikan Hospital Sungai Siput (HSS) sebagai hospital penuh Covid-19 susulan peningkatan kes pesakit berkenaan di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, bagaimanapun persiapan memang dilakukan ke arah menjadikan hospital itu khusus bagi menempatkan pesakit Covid-19.
Read more: Belum putuskan cadangan hospital Covid-19 di Sungai Siput
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 1103
IPOH — Seramai 5,097 wanita dalam golongan miskin dan miskin tegar bakal menerima bantuan melalui Program Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) bermula Ogos ini.
Inisiatif menerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ini termasuk melibatkan 1,104 penerima daripada komuniti Orang Asli.









