KUALA LUMPUR – Cuaca panas kering yang dialami ketika ini disebabkan negara berada dalam Monsun Barat Daya dijangka akan berterusan sehingga pertengahan September tahun ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, semasa Monsun Barat Daya angin biasanya bertiup dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah sekali gus menyebabkan cuaca panas dan kering.

PUTRAJAYA - Kompaun maksimum yang dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan kembali kepada RM1,000 sebaik Ordinan Darurat tamat pada 1 Ogos ini.

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuka secara berperingkat-peringkat mulai 1 September ini bagi semua sekolah termasuk swasta.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan memberitahu, sehubungan itu sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini.

KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma, serta Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Teknologi Mara (UiTM), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan esok.
 
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari dipautan https://jpt.utm.edu.myhttp://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.myhttps://jpt.ums.my dan http://jpt.umt.edu.my.
 
Menurut KPT pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai Sabtu ini hingga 26 Julai di laman web Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA.
 
“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan IPTA dan ILKA pada hari yang sama calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti dinyatakan,” katanya.
 
KPT berkata hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke universiti awam dan politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai esok sehingga 26 Julai.
 
Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA pula boleh diajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.
 
Menurut KPT, tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.
 
Dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.
 
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan individu yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 akan mendapat ‘keistimewaan’ melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka.
 
Perdana Menteri berkata, beliau meminta jawatankuasa pengurusan Covid-19 untuk menilai semula mereka yang lengkap divaksinasi itu diberi kelonggaran-kelonggaran sama ada dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran.