KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat semasa sesi pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Usaha negara menangani penularan wabak Covid-19 ketika ini akan dipertingkatkan lagi apabila kerajaan Arab Saudi akan menyalurkan bantuan segera.

Ia berupa peralatan perubatan kepada Malaysia bagi meningkatkan keupayaan operasi sedia ada.

PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan meneliti sama ada pengendali helikopter yang mendarat di padang Majlis Bandaraya Ipoh, Perak semalam terlibat melaksanakan operasi penerbangan itu dalam skop yang diluluskan atau sebaliknya.

Itu antara aspek siasatan yang telah dimulakan CAAM ke atas helikopter jenis Bell 505 yang dikendalikan pihak Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu.

 

PUTRAJAYA – Pemberian vaksinasi di negara ini berjalan sepertimana dijadualkan apabila kadar pemberian vaksin terus mencatatkan peningkatan dengan rekod tertinggi dicatatkan semalam iaitu sebanyak 507,050 dos.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang menerima dos pertama setakat ini adalah seramai 10,920,860 dan 5,104,054 menerima dua dos suntikan vaksin.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 juta dos vaksin Sinovac akan dijual kepada mana-mana kerajaan negeri dan pihak swasta bagi mempercepatkan proses vaksinasi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, penjualan itu akan dilakukan syarikat Pharmaniaga dengan setiap permohonan akan dinilai dan diteliti Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bagi mengelakkan wujudnya monopoli mana-mana pihak terhadap vaksin tersebut.