PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memberitahu, taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan enam digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.

PUTRAJAYA - Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terus merekodkan pemberian harian vaksin yang tinggi apabila kadarnya berjaya melepasi angka 300,000 dos sehari buat hari keenam berturut-turut.

Ia selepas sebanyak 324,745 dos vaksin Covid-19 lagi telah diberikan kepada penduduk negara setakat tengah malam semalam.

PUTRAJAYA - Sebanyak 19 kluster baharu direkodkan yang melibatkan 13 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Kluster tempat kerja menyaksikan Selangor dan Johor mencatatkan tiga kluster, dua di Kelantan dan Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Pulau Pinang dan Sabah.

KUALA LUMPUR – Perang terhadap penyebaran berita palsu perlu diperhebatkan bukan sahaja mengenal pasti dan membongkarkan isu mengenainya, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang ancaman dan langkah-langkah untuk mencegahnya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, semua pengamal media melibatkan stesen televisyen dan radio, akhbar dan platform dalam talian perlu proaktif mempergiatkan usaha ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan tidak memberi sebarang kelonggaran terhadap mana-mana kilang atau premis perniagaan ketika ini.

Malah, beliau turut berjanji mengambil tindakan tegas terhadap kilang atau premis yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.