CYBERJAYA – Masalah liputan capaian telekomunikasi dan internet akan dihadapi pengguna rangkaian TM Unifi Mobile dan Celcom di Seberang Perak, Perak Tengah, Perak berikutan kejadian menara milik TM tumbang pada Ahad lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian tersebut berlaku akibat hujan lebat dan angin kencang pada jam 4 petang.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) komited dalam membantu usaha kerajaan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 'Total Lockdown' di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Bagi memastikan SOP PKP 3.0 Sektor Perdagangan Pengedaran semasa tempoh tersebut dilaksanakan dengan efektif, seramai 2,262 orang pegawai penguat kuasa seluruh negara digerakkan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya SOP yang ditetapkan ini di semua premis perniagaan peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadat haji pada tahun ini hanya dibenarkan pada warganegara itu Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada di sana dalam tempoh yang dibenarkan sahaja.

Perkara tersebut diumumkan menerusi kenyataan media rasmi negara itu, Saudi Press Agency sepertimana diumumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdelfattah Sulaiman Mashat.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 untuk tempoh dua minggu lagi akan berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun depan sekali gus menepati jangkaan banyak pihak dalam usaha kerajaan menangani penularan wabak Covid-19.

Pelaksanaan sambungan PKP 3.0 ini diumumkan kerajaan hari ini selain menerusi kenyataan media kepada media.

IPOH – Tindakan mahkamah perlu dikenakan pada pemilik akaun Instagram yang dikenali sebagai ‘safieyillias94’ atas perbuatan melakukan komunikasi yang tidak senonoh bersama kanak-kanak di bawah umur.

Ini kerana pelakuan pemilik akaun tersebut bukan sahaja mencemarkan tatasusila masyarakat, malah mendatangkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.