Berbuka puasa di mana hari ini?. Begitulah persoalan setelah bosan dengan menu rahmah di bazar Ramadan!

 

Jika anda merindui masakan air tangan ibunda tetapi tidak berkesempatan pulang ke kampung, MH Hotel adalah tempat terbaik memenuhi citarasa anda.

Selera Warisan Bonda, itulah tema Bufet Ramadan Hotel MH bermula dari 27 Mac hingga 20 April yang masih mengekalkan sajian tradisi masakan tradisi Melayu lama.

Daging Salai Harimau Menangis, menu popular dari negara jiran Thailand sememangnya menjadi juadah berbuka puasa yang istimewa di Hotel Symphony Suites, Ipoh.

Sajian yang hanya ada di Symphony Suites ini merupakan daging panggang bahagian paling lembut yang terletak di belakang tulang lembu.

Bagi mereka yang mendambakan nostalgia berbuka puasa ala kampung dengan suasana tenang dan mendamaikan, apa kata anda kunjungi The Lodge, Travelodge Ipoh.

Pelbagai hidangan penuh menyelerakan diiringi suasana hormoni bercirikan Melayu dengan hidangan bufet resepi lama kampung yang di susun rapi oleh chef berpengalaman. 

 

Mungkin ada yang mula bosan dengan juadah di bazar Ramadan dan ingin mencuba Bufet Ramadan yang berkonsepkan masakan tradisional Melayu lama.

Tidak perlu berfikir panjang, ‘Bufet Iftar Impiana’ tahun ini menampilkan konsep dari pelbagai pilihan tradisional hingga ke antarabangsa.