Melangkah sahaja ke Kopitiam Rokiah, perasaan bagai diheret ke era klasik 50-an, takala alunan merdu suara primadona Rokiah Wanda ‘Bulan Ditutup Awan’ menerjah ke rongga telinga.

Di sinilah tempat ‘eksklusif’ melarikan diri sejenak dari kesibukan metropolitan  sambil menikmati sajian yang bisa menjemput kerinduan kepada kampung halaman.

Kepada yang mengawal keseimbangan diet seharian terutamanya sewaktu berbuka puasa, dim sum antara sajian yang menjadi pilihan kerana ianya mengandungi sebilangan nutrisi didalam piramid makanan.

Canning Dim Sum yang terletak di Taman Canning  Ipoh,  mampu memeriahkan iftar Ramadan anda bersama keluarga.  Lebih 50 jenis sajian yang disediakan oleh chef berpengalaman tanpa mengunakan bahan-bahan pengawet dan pewarna tiruan.

"Memang padu dan power, saya bagi lima bintang! Sotong Bakar Sambal Petai dan Prawn Salted Egg , sajian utama pembangkit selera antara yang terbaik pernah saya nikmati”, begitulah perkongsian salah seorang pengunjung yang berbuka puasa di Restoran Laman Manjoi, Ipoh.

Berkonsepkan restoran masakan Chinese Muslim dengan mengetengahkan menu seperti Daging Kam Heong, Kailan Ying Yang, Prawn Salted Egg, Butter Prawn dan pelbagai lagi tenyata menarik ramai pengujung untuk menikmati sesuatu yang berbeza.

Mengetengahkan konsep citarasa muhibbah, bufet yang disediakan oleh Chef Mohd Aminuddin Abdul Rahman, membuka peluang semua bangsa untuk bersama-sama merasai suasana kemeriahan iftar Ramadan di Hotel MU, Ipoh.

Haruman rempah ratus serta kelembutan kambing golek perapan ciptaan sendiri Chef Amin, ternyata menjadikan iftar Ramadan ini lain dari.yang lain.

 

Berkonsepkan Ala- Bazaar Ramadan, Impian Hotel kembali menceriakan iftar Ramadan sepertimana yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Kemeriah berbuka puasa di sini bukan sahaja sebanyak 200 jenis sajian menanti setiap hari, malah ruang yang selesa, privasi dan eksklusif menjadi keutamaan pihak pengurusan kepada para pengunjung.

IKLAN PERNIAGAAN