- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 884
Ipoh- Taman tema Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) kini akan menawarkan pakage promosi bermula dari RM11.00 kepada orang ramai pada 11 Nov 2020 menerusi laman sosialnya.
Pengurus Besar SLOT, Nurul Nuzairi Mohd Azhari, berkata tawaran ini melibatkan barangan-barangan SLOT termasuk tiket masuk, penginapan hotel dan pelbagai pakej menarik.
Read more: Promosi hebat Lost World Of Tambun bermula RM11.00
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1027
Ipoh- Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Odzman Abdul Kadir mahukan ‘wall of fame’ diwujudkan sebagai tarikan baru di badaraya Ipoh.
Menurutnya keistimewaan bandaraya Ipoh bukan sahaja mempunyai produk warisan tetapi terkenal dengan tokoh-tokoh termasyhur di seluruh dunia.
Read more: Wujudkan ‘wall of fame’ di bandaraya Ipoh- Dato’ Mohammad Odzman
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 857
IPOH- Sejumlah RM300,000 dana membaik pulih Rumah Dato Maharajalela di Kompleks Sejarah Pasir Salak telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Dato' Nolee Ashilin Dato' Mohammed Radzi melahirkan kekesalan sewaktu lawatannya ke rumah bersejarah tersebut yang dalam keadaan terbiar dan daif.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1234
Batu Gajah - “Dark Tourism @ Kellie’s Castle” bukan sekadar mencipta satu pengalaman baru malah ianya membangkitkan ‘aura’ yang sukar diceritakan...”, ujar Pengarah Urusan Kellie’s Castle, Zamari Muhyi, ketika ditemubual dimajlis perasmian Dark tourism @ Kellie’s Castle, Batu Gajah, malam tadi.
Dark Tourism @ Kellie’s Castle, Batu Gajah kini muncul semula setelah dua siri sebelum ini mendapat sambutan di luar dugaan dari pelancong dalam dan luar negara.
“Kali ini kita ingin membawa pengunjung menikmati keunikan istana Kellie’s pada sebelah malam. Penataan cahaya yang diserasikan dengan bangunan lagenda ini mengindahkan lagi keunikan istana ini disamping menikmati panorama indah bersama kesegaran udara malam di puncak istana ini.
“Jumlah pengunjung dihadkan kepada 15 orang untuk satu sesi lawatan yang diketuai seorang juru pandu. Lawatan dibuka pada jam 8.00 sehingga 12.00 tengah malam pada setiap Jumaat dan Sabtu sehingga 31 Oktober ini.
“Pengunjung berumur 12 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk. Warga emas atau individu yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan menyertai lawatan ini. Tiket masuk berharga RM10.00 bagi pemegang Mykad dan RM20.00 bagi pelawat luar negara”, katanya.
Sementara itu Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata Dark Tourism @ Kellie’s Castle ini membuka peluang kepada pelancong untuk menikmati serta mengetahui rahsia di sebalik keunikan istana yang meninggalkan 1001 penceritaan.
“Kellies Castle telah dipilih sebagai salah satu produk Dark Tourism oleh Tourism Malaysia bersempena dengan Program Dream To Travel PATA pada 1 Julai 2020 lalu.
“Ianya dipersembahkan secara ‘live stream’ selama 35 minit dengan kerjasama Urusetia PATA di Bangkok dan Tourism Malaysia di Putrajaya. Ini merupakan satu platform terbaik dalam mempromosikan produk pelancongan Negeri Perak kepersada antarabangsa”, katanya yang turut merasmikan Dark Tourism @ Kellie’s Castle, Batu Gajah, malam tadi.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 997
Batu Gajah- Orang ramai sekali lagi berpeluang menikmati baucer bernilai RM150.00 sempena ulang tahun kedua Geopark Lembah Kinta tahun ini.
Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata Geotourism Vouchers#TravelPerakLah merupakan fasa kedua yang bertujuan membantu merancakkan semula industri pelancongan di negeri Perak.
Read more: Rebut Segera Baucer RM150.00 ke destinasi Geopark Perak