IPOH- Taman tema air Sunway Lagoon (SL) dan Sunway Lost World Of Tambun (SWSL) kembali menjadi tumpuan umum setelah memulakan kembali beroperasinya semalam.

Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Calvin Ho berkata kedua-dua taman tema itu menerima kunjungan orang ramai diluar jangkaan dan mengganggap ianya satu permulaan yang baik.

 

IPOH : Gua Matsoorat bakal menjadi geotapak ke-19 dalam Geopark Lembah Kinta dan produk pelancongan negeri Perak yang baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata sasaran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjadikan Gua Matsoorat sebagai geotapak yang ke-19 di dalam Geopark Lembah Kinta merupakan langkah bijak dan bertepatan.

“Gua Matsoorat terletak berhampiran Gunung Lang merupakan lanskap batu kapur semulajadi yang strategik untuk aktiviti geo-pelancongan selain berupaya menjadi tapak kajian geologi.

“Kerajaan negeri menyambut baik usaha untuk menjadikan Gua Matsoorat sebagai geotapak dan produk pelancongan. Namun, aspek keselamatan perlu dipandang serius sepertimana yang telah dilakukan oleh  Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak di Gua Matsoorat dalam mengenal pasti  pemetaan, pencirian dan penarafan serta kajian keselamatan bukit batu kapur.

“Beberapa sumber arkeologi telah ditemui seperti lukisan purba dan peninggalan fosil yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan di gua ini. Agensi yang terlibat akan membuat kajian lanjutan seperti pentarikhan dan konservasi bagi melindungi serta menilai artifak sejarah ini ”, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

18 geotapak yang tersenarai di Geopark Lembah Kinta ketika ini adalah Gunung Panjang Gua Tambun, Gunung Datok, Gunung Rapat yang sebahagiannya adalah geotapak seperti Kek Lok Tong dan Sam Poh Tong, Lata Ulu Chepor, Gunung Kanthan, Gunung Lang, Hutan Lipur Ulu Kinta, Gunung Tasek, Mata Air Panas Lubuk Timah, Gua Naga Mas, Air Terjun Sungai Chelik, Jeram Papan, Gua Kandu, Gua Tempurung, jeram Sungai Kampar, Air Terjun Sungai Salu, Air Terjun Batu Berangkai dan Gunung Korbu.

IPOH - Berita baik bagi pencinta haiwan, Zootastic Escape  yang terletak di taman tema air terkemuka Lost World of Tambun (LWOT) telah dibuka semula untuk pengunjung! 
Bagaimanapun hanya sebahagian daripada Zootastic Escape yang beroperasi iaitu Petting Zoo, Giraffe & Friends, Hippo Kingdom, Bird Paradise dan Tiger Valley. 
Bagi pengunjung yang ingin melihat haiwan tersebut secara dekat, mereka boleh merasai sendiri pengalaman memberi makan 'Lou Sang' hanya dengan harga RM18. 
Aktiviti 'Lou Sang' ini adalah sebahagian daripada program LWOT bersempena perayaan Tahun Baru Cina. 

IPOH, 10 Feb 2021- Kesemua 18 lokasi Geotapak, Geopark Lembah Kinta tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengkuarian. malah terpelihara dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata Geopark Lembah Kinta merupakan salah satu produk pelancongan yang unik dan baharu yang melibatkan keluasan 1.952 hektar merangkumi daerah Kinta dan Kampar.

IPOH- Krisis pandemik Covid-19 terus mengancam pelbagai sektor terutamanya industri perhotelan bajet yang ada diantaranya menunggu masa untuk ‘gulung tikar’.

Kenyataan ini diperakui sendiri oleh Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Perak, Zamari Muhyi ketika dihubungi berkata semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan tahun lalu, pengusaha hotel bajet merekodkan sifar pendapatan dan kesan ini amat membimbangkan.

IKLAN PERNIAGAAN