GUA MUSANG – Kehilangan seorang remaja lelaki ketika pergi membuang air kecil di kawasan semak berhampiran rumahnya di Kampyng Pasir Linggi , kelmarin meresahkan keluarganya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, dikatakan  keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi semalam.

PUTRAJAYA - Ujian saringan kendiri melibatkan murid sekolah rendah kini boleh dilaksanakan di rumah bermula minggu ini, seterusnya memaklumkan keputusan tersebut kepada pihak sekolah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, perkara itu dipersetujui Kementerian Kesihatan selepas perbincangan mengenainya dibuat bersama Kementerian Pendidikan.

KUALA LUMPUR - Dua kawasan di Perak dijangka menerima hujan lebat dan angin kencang pada petang ini sehingga pukul 7 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kawasan Hilir Perak dan Batang Padang.

KUALA LUMPUR - Jangkaan terhadap penularan wabak Covid-19 pada jangkitan lebih merbahaya tidak boleh disangkal apabila para saintis dikatakan menemui gabungan varian baharu pula.

Ini berikutan dakwaan sekumpulan saintis di Cyprus yang mendakwa menemukan varian terbaharu Covid-19 dinamakan Deltacron.

PUTRAJAYA - Sebanyak 44 kes positif Covid-19 varian Omicron telah disahkan melalui jujukan genom penuh yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan tujuh kes positif jangkitan tempatan di Sarawak.

Kes jangkitan import tersebut membabitkan dari Arab Saudi sebanyak 29, UAE (lima), Kazakstan (lima) United Kingdom (3), Amerika Syarikat (1) dan Tanzania (1).