- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 1145
Ipoh- “Ikan pari asam pedas MH Hotel tetap terbaik dan tidak perlu fikir hendak berbuka puasa di mana lagi. Di sinilah selera kampung sebenar!”, begitulah gambaran yang mampu diperkatakan oleh salah seorang pengunjung sewaktu berbuka puasa di MH Hotel, Ipoh, semalam.
Sajian Melayu berasal dari selatan tanah air ini, menjadi ‘raja’ di antara lebih 70 sajian bufet Ramadan di hotel yang terletak di susur keluar lebuh raya Ipoh utara ini.
Read more: Iftar Ramadan: Ikan pari asam pedas, ‘raja’ bufet MH Hotel!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 1282
Restoran masakan kampung yang hangat diperkatakan sekarang, Restoran Celup Tepung Rindu (RCTR) antara 'PORT' berbuka puasa tumpuan ramai menjelang bulan Ramadan.
Sajian makanan laut goreng tepung atau lebih dikenali sebagai ‘celup tepung’ menjadi menu utama di sini. Rasa rangup ‘krup krap’ tepungnya yang digoreng garing, sememangnya tidak mencukupi pada kadar sepinggang besar malah pasti menyusul sepinggan lagi. Begitulah lazatnya sajian ini apatah lagi dihidangkan panas-panas dari dapur!
Pemilik RCTR, Safizan Ezerin Ariffin ,40 tahun berkata selain menu celup tepung yang mendapat permintaan tinggi, sajian lain seperti kurma kambing, kari daging, sup thai dan tomyam juga mampu menyengat selera pengunjung.
“Sempena Ramadan tahun ini, kami menyajikan lebih 10 jenis menu masakan tradisonal warisan kampung dan juga ala Thai yang akan bertukar-tukar setiap hari hasil sentuhan air tangan tukang masak berkemahiran dalam bidang penyedian makanan.
“Sepanjang Ramadan ini, kami juga menawarkan infak berbuka puasa untuk anak yatim dan orang ramai. Infak untuk seorang anak yatim ialah RM30.00. Kami akan kumpulkan anak-anak yatim mengikut jumlah pesanan yang diterima dan mereka akan diraikan disini bersama majlis tahlil, berbuka puasa dan sembayang terawih berjemaah di tingkat atas bangunan ini.
“Selain itu, kami juga menawarkan infak minuman air jagung rindu dengan harga RM150.00 sebalang. Kami akan menyediakan pelbagai minuman dalam anggaran 30-40 bungkusan untuk diedarkan kepada orang ramai di bazar Ramadan berdekatan", katanya kepada Peraktastic sempena Ramadan Review di Restoran Celup Tepung Rindu beralamat di No. 15, Jalan Meru Bestari A4/1, Medan Meru Bestari, 31200 Ipoh, di sini semalam.
Tidak perlu berfikir lagi, di sinilah pilihan tepat dan berbaloi untuk seisi keluarga berbuka puasa. Buffet Ramadan RCTR bermula 4 Mac hingga 30 April 2022. Tempah buffet dan infak boleh dilakukan menerusi Ijan di talian 011 2154 2485. - PERAKTASTIC-
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 889
Tercari-cari 'Gulai Kawah' terbaik sempena iftar Ramadan?. Jawapan, pastinya di Kinta Riverfront Hotel & Suite.
Iftar Sinar Ramadan Buffet, Kinta Riverfront Hotel & Suite menyajikan lebih 100 menu masakan Melayu tradisional yang diilhamkan dengan sentuhan pengalaman Chef Eksekutif, Chef Munir lebih 23 tahun.
Read more: Iftar Ramadan: Gulai Kawah 'Lagend' warisan terbaik di Ipoh
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 1004
"Nampak biasa, tapi bulan depan jadi luar biasa", begitulah janji Chef Ismail Nawai antara beberapa orang chef 'otai' bergabung tenaga menyediakan sajian sempena Iftar Ramadan di Hotel Excelsior Hotel, Ipoh, April nanti.
Berinspirasikan resepi warisan Opah kepada Chef Ismail, beliau turut menggabungkan kemahirannya sebagai chef selama 27 tahun. Beliau memberi jaminan menu buffet yang bakal disajikan berbaloi dengan nilai wang dan diluar kebiasaan berbanding dari hotel-hotel lain.
Read more: Iftar Ramadan 'Ala Kampung' Excelcior bukan biasa-biasa!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Makanan Minuman
- Hits: 831
Di manakah destinasi bufet menarik untuk sesi iftar anda bersama keluarga tahun ini?
'Nostalgia Balik Kampung' yang bakal menyajikan pelbagai menu tradisional warisan Melayu lama yang mampu mengubat kerinduan berbuka puasa di kampung halaman.
Read more: Bufet Ramadan: The Haven Imbau ‘Nostalgia Balik Kampung’