KUALA LUMPUR – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang pertama kali berlangsung dalam suasana pandemik Covid-19 bagaimanapun telah mencatatkan keputusan dengan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, ia pencapaian terbaik sejak tahun 2016 selain pencapaian calon luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan meminta individu yang gagal menghadiri tarikh janji temu vaksinasi mereka agar melakukan penjadualan semula menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, perkara itu perlu dibuat bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai imunisasi kelompok 80 peratus rakyat tercapai.

KUALA LUMPUR – Semua sekolah di seluruh negara akan menjalani persekolahan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selepas tamat cuti penggal 13 Jun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, PdPR akan diteruskan selama 25 hari sehingga 15 Julai.

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis depan mulai jam 10 pagi dan semakan boleh dibuat menerusi beberapa saluran.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui secara dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.myuntuk mendapatkan keputusan penuh.

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 6 Jun ini sehingga 19 Jun depan.

Tindakan tersebut diambil selepas kesemua kawasan terbabit merekodkan kes positif dengan kebolehjangkitan yang tinggi.