PUTRAJAYA - Penganjuran sebarang jenis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini tidak dibenarkan bagi membendung peningkatan kes-kes berkaitan Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ziarah hari raya pula hanya dibenarkan bagi kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sahaja.

KUALA LUMPUR - Pelajar universiti awam (IPT) dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali bagi negeri Sarawak.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini berkata, tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah ialah pada 7 hingga 12 manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus pada 15 hingga 20 Mei.

Putrajaya: Kementerian Pendididikan Malaysia (KPM) mengambil pendekatan melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti perayaan Aidil Fitri, Mei ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin berkata tarikh cuti hari raya Aidil Fitri akan bermula 7 hingga 15 Mei 2021 untuk Kumpulan A. Manakala kumpulan B,  akan bercuti pada 8 hingga 16 Mei 2021.

"Cuti Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei 2021. KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.

"PDPR bertujuan mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM," katanya melalui kenyataan di laman Facebook  sebentar tadi.

Empat negeri yang termasuk dalam kumpulan A ialah Negeri Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu. Kumpulan B pula ialah Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya.

Menurutnya selepas cuti hari raya Aidilfitri, PDPR akan bermula  pada  16 hingga 27 Mei 2021 bagi kumpulan A. Manakala 17 hingga 28 Mei 2021 bagi kumpulan B .

"Justeru cuti pertengahan tahun akan bermula pada 28 hingga 12 Jun  2021 bagi kumpulan A. Seterusnya 29 Mei hingga 13 Jun 2021 bagi kumpulan B.

"Murid dijangka akan kembali ke sekolah pada 12 Jun 2021* bagi kumpulan A dan 13 Jun 2021 bagi kumpulan B," ujarnya.- Peraktastic.

 

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah Program Kerja Jangka Pendek (MYSTEP).

Bantuan khas Aidilfitri itu juga akan diberikan kepada pesara kerajaan sebanyak RM250.

IPOH - Kerajaan masih belum menetapkan sebarang polisi bagi kemasukan semula pekerja asing ke negara ini susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, setakat ini terdapat 40,000 permintaan daripada syarikat-syarikat khususnya di sektor perladangan yang meminta supaya pekerja asing dapat dibawa masuk semula ke Malaysia untuk bekerja di sektor berkenaan.