IPOH - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penjawat awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik Covid-19.

Muhyiddin menyatakan perkara tersebut melalui hantaran di laman sosial Facebook dan Twitter rasmi Muhyiddin Yassin, hari ini. 

PETALING JAYA - Kerajaan mengarahkan supaya semua kilang minuman keras di Malaysia ditutup serta merta sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama yang bermula hari ini. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini semua sektor perkilangan ditutup dan hanya 12 kategori sahaja dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

KUALA LUMPUR – Panda gergasi bernama Liang Liang selamat melahirkan seekor anak di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara malam tadi.

Ini adalah kelahiran kali ketiga bagi Liang Liang (panda betina) dan pasangannya Xing Xing (panda jantan) sejak berada di Malaysia pada tahun 2014.

PETALING JAYA – Selepas beroperasi selama lebih lima tahun, perkhidmatan bas Rapid Kamunting di Perak akan ditamatkan perkhidmatan bas pada 15 Jun ini.

Rapid Kamunting merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan melalui kerjasama dengan Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Majlis Perbandaran Taiping dan Prasarana.

IPOH – Siapa sangka hantaran video yang memaparkan tindakan berani seorang wanita menangkap anak ular sawa batik dengan hanya menggunakan tangan berjaya meraih 1.3 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dimuat naik di aplikasi TikTok.

Setakat ini, video berdurasi 14 saat itu mendapat lebih 73,000 tanda suka dan 1,793 komen sejak dimuat naik pada Jumaat.