KUALA LUMPUR - Seramai 442 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, 430 telah dikenakan kompaun manakala 11 direman dan satu dijamin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan direkodkan ialah aktiviti pusat hiburan seramai 144 orang, tidak mematuhi arahan penjarakan fizikal (88) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (80).

Kuala Lumpur: Sebanyak enam negeri yang berisiko tinggi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Riyadh: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memutuskan akan membenarkan semula perlaksanaan ibadah umrah mulai 4 Oktober ini.

Namun perlaksanaan itu haruslah dibuat secara berperingkat disepanjang tahun memandangkan krisis pandemik Covid-19 masih dalam kawalan.

Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berakhir Isnin ini, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

 

Kuala Lumpur - Setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diatas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran "Tan Sri".

Penganugerahan pingat kebesaran itu telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada istiadat pengurniaan hari pertama yang berlangsung di Istana Melawati, hari ini.