Saksikan siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Berhubung Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini :

Isnin 20 Julai 2020 jam 4 petang di saluran media utama & media sosial.

PUTRAJAYA – Masih ada segelintir masyarakat yang enggan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila seramai 78 orang ditahan pihak berkuasa kerana ingkar arahan tersebut.

Daripada jumlah itu, seorang direman dan 35 individu dijamin, manakala 42 individu lagi dikenakan kompaun. 

PENGARAH Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerima Anugerah BrandLaureate-Jenama Kepimpinan 2020 daripada Yayasan Jenama Dunia (The World Brands Foundation).

KUALA LUMPUR – Filem-filem lama tempatan termasuk sebelum era kemerdekaan akan ditayangkan semula pada bulan kemerdekaan ini dalam usaha memberikan gambaran tentang wajah sebenar negara pada masa tersebut.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhasrat untuk menyiarkan filem-filem lama ini bagi menyemarakkab lagi sambutan bulan kemerdekaan Ogos ini. 

KUALA LUMPUR - Filem animasi pecah panggung tempatan, Ejen Ali The Movie tersenarai dalam akhir 16 karya yang bakal bertanding untuk kategori Filem Animasi Terbaik Festival Filem Cartoons on the Bay Anugerah Pulcinella ke-24 di Pescara, Itali pada 3 hingga 5 Disember ini.

Primeworks Studios dan WAU Animation dalam satu kenyataan memaklumkan, filem tersebut berjaya ditempatkan sebaris dengan lebih 350 karya animasi hebat dari 20 buah negara.