Putrajaya: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Remaja (PICK-Remaja) di seluruh negara telah berjaya melepasi sasaran 60% vaksinasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 5 Oktober 2021, seramai 1,967,549 (62.5%) remaja 12 – 17 tahun telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

KUALA LUMPUR - Malaysia diberi pengiktirafan tahap terbaik iaitu A+ dalam pencapaian pelaksanaan Protokol Montreal bagi mengurangkan penggunaan bahan pemusnah ozon.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata, pengiktirafan diberikan Pakar Protokol Montreal Bank Dunia Viraj Vithoontien ketika sesi webinar bertajuk 'Implementation of Montreal Protocol in Malaysia: Success Story & Another Milestones Towards Ozone Climate Benefits' anjuran JAS pada 29 September lalu.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 88 peratus atau 20,603,249 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.4 peratus atau lebih 22,098,764 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan takziah di atas pemergian bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong yang ditemui meninggal dunia di kediamannya pagi, Ahad.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Bekas Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara Malaysia, Datuk Seri Zolkples Embong meninggal dunia pagi semalam.

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi perkongsian dalam laman Twitternya menjelaskan, hanya empat peratus lagi diperlukan bagi menarik semula larangan rentas negeri.

"Dengan lebih banyak kelonggaran yang diberikan, pastinya aktiviti berkumpulan akan dilakukan. Sehubungan itu, setiap rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing.