JERMAN - Durian, raja buah yang begitu popular di Asia Tenggara khususnya Malaysia, Thailand dan Indonesia rupa-rupanya dianggap bencana di negara barat.

Seperti dilaporkan media CNN, seramai 12 pekerja pos di bandar Bavarian, Schweinfurt, Jerman mendapatkan rawatan di hospital gara-gara bau durian.

KUALA LUMPUR - Negara kehilangan seorang tokoh wartawan dan penulis politik disegani, Subky Abdul Latif yang kembali ke rahmatullah pada jam 11 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ditemani isterinya, Naznah Taha dan anak-anaknya.

Veteran Pas berusia 80 tahun itu yang uzur tetapi masih aktif menulis dikatakan menghidap kanser darah.

Anak kelahiran Sitiawan, Perak ini merantau ke Kuala Lumpur apabila diterima bekerja sebagai wartawan akhbar Utusan Melayu (kini Utusan Malaysia).

Beliau pernah menyertai Kursus Diploma Kewartawanan di Internationales Institut für Journalismus, Berlin Barat, Jerman.

Allahyarham juga pernah menjadi pengarang akhbar Suara Rakyat dan Suara Merdeka sebelum diharamkan.

Tokoh waratwan ini juga merupakan antara pengasas dan pengarang pertama akhbar Harakah.

Beliau dikatakan sebagai orang pertama yang menulis buku politik di Malaysia dan mencipta nama sebagai penulis buku politik berpengaruh.

Buku 'Anak Apak' merupakan karya Allahyarham yang menceritakan pengalaman awal sebagai wartawan yang turut mencatatkan serba sedikit sejarah negara.

PUTRAJAYA - Berita baik bagi penggemar wayang gambar apabila operasi pawagam kini dibenarkan dibuka bermula 1 Julai ini.

Turut boleh beroperasi ialah teater dan acara persembahan langsung.

AMERIKA SYARIKAT - Jumlah kematian akibat virus Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 3,847 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kematian global kini mencecah angka setengah juta iaitu 463,019.

PUTRAJAYA – Keluhan rakyat berikutan caj elekrik yang melambung akhirnya mendapat perhatian apabila kerajaan meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan (BPET) kepada semua pengguna domestik hari ini.

Bantuan tersebut yang melibatkan peruntukan berjumlah RM942 juta itu bakal memberi manfaat kepada 7.66 juta pengguna.