IPOH - Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil beberapa ahli politik bagi merekod kenyataan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak, sebaliknya ia dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan keperluan undang-undang.

IPOH - Kerajaan meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (BIMLTK) kepada 1,200 pegawai dan anggota yang bertugas di 98 fasiliti jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai 1 Jun lalu. 

IPOH – Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Negeri ini kehilangan sebutir intan berharga apabila tokoh Sasterawan Perak, Malim Ghozali PK atau nama sebenarnya Mohd Ghazali Abdul Rashid, 71, meninggal dunia hari ini.

PUTRAJAYA - Operasi prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) dibenarkan dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini.

Bagaimanapun, operasi tersebut hendaklah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya telah bersetuju dengan SOP yang dibentangkan mengenai cadangan pembukaan prasekolah dan Tadika.

PUTRAJAYA – Mulai esok, rakyat dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan boleh melakukan rentas negeri ke Sarawak tanpa perlu memohon kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan tidak perlu mengambil sampel sebelum berlepas.

Bagaimana pun, mereka perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan termasuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi borang deklarasi kesihatan (e-health declaration).