IPOH – Selepas bandaraya Putrajaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, bandaraya Ipoh turut mengikut jejak langkah yang sama dengan menjadi bandar pintar keempat di Malaysia menjelang 2030.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, berikutan itu Pelan Tindakan Bandar Ipoh dihasilkan di bawah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PLANMalaysia bagi merealisasikan perkara tersebut.

IPOH - Lebih 200 Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina menerusi kolaborasi antara Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersama Yayasan Perak.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, menerusi kerjasama ini pemohon pula hanya perlu membayar 70 peratus kos pembinaan manakala selebihnya dibiayai oleh SPNB.

IPOH – Kegigihan seorang guru membersihkan sungai daripada sampah sarap secara sukarela untuk mengelakkan banjir dihargai apabila menerima Anugerah Ikon Sungai Perak 2021 pada Sambutan Hari Air Peringkat negeri di Hotel Casuarina hari ini.

Ismail Mohd. Zain, 40, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Felda Besout 1, Slim River membersihkan Sungai Balun daripada sampah yang terperangkap bagi menghindari kejadian banjir jika hujan lebat.

IPOH – Rakyat Perak diminta agar menjaga sumber air khususnya di kawasan tadahan air dan ekosistem kerana bekalan bahan mentah tersebut memberi sumbangan besar terhadap keperluan kehidupan seharian.

Malah, menurut rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS) bahawa negeri Perak antara negeri yang mempunyai peratus sungai kategori bersih tertinggi di Malaysia.

GERIK – Penantian 51 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Bersia dekat sini untuk memiliki geran hak milik tanah sejak 50 tahun lalu berakhir apabila kerajaan negeri menunaikan janji tersebut semalam.

Felda Bersia yang dibuka pada tahun 1960 dan mula menerima peneroka tiga tahun kemudian bagi peringkat satu diikuti 1965 bagi peringkat dua dan peringkat tiga pada 1968 melibatkan seramai 342 keluarga.