IPOH-  Menyahut cabaran di era Revolusi Perindustrian 4.0, Politeknik Ungku Omar (PUO) mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu kebolehpasaran graduan dan komuniti seiring dengan kehendak semasa industri.  

Pengarah PUO, Ts. Mohd Fisal Haroon berkata setiap graduan perlu menghadapi gelombang transformasi sejajar keperluan industri 4.0 yang menitikberatkan penguasaan eleman 4C iaitu pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, komunikasi, kolaborasi dan kreatif.

IPOH- Platform pendidikan digital memberi impaks positif dalam membantu melahirkan modal insan yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin berkata pendidikan digital yang dikemukakan oleh TAJ International College (TIC) membolehkan mereka yang terlibat mengikuti pelbagai program ditawarkan tanpa menganggu tanggunjawab kerja yang diamanahkan.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan terus menjalankan pemantauan dan kawalan ke atas setiap pengunjung di setiap bazar Ramadan sekitar bandaraya ini supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, jika dilihat secara kasar, kira-kira 70 peratus daripada pengunjung mengikuti SOP seperti mana yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan beberapa agensi lain sedang menyiasat dakwaan terdapat peniaga ais yang beroperasi tanpa lesen di Pasar Besar Ipoh.

Perkara tersebut menjadi tular pada minggu lalu selepas dikongsi di laman sosial Facebook oleh sebuah pertubuhan yang mendakwa wujudnya peniaga ais haram dalam pasar berkenaan. 

IPOH – Kerajaan negeri Perak masih membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri untuk beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan meskipun terdapat negeri yang telah membatalkannya akibat peningkatan kes Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, kes Covid-19 di Perak masih dalam keadaan terkawal dan setakat ini, tiada keperluan untuk membatalkan operasi bazar Ramadan.