TANJUNG MALIM – Masalah banjir yang kerap berlaku di Trolak mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad apabila melakukan tinjauan tebatan banjir di Trolak Pekan bagi meninjau permasalahan banjir yang sering berlaku sehingga kini.

Kejadian banjir yang berlaku adalah disebabkan kapasiti sungai-sungai yang sedia ada ini tidak mampu menampung aliran air yang tinggi terutamanya ketika hujan lebat.

TANjUNG MALIM – Sebagai inisiatif meningkatkan kegiatan ekonomi wanita, seramai 215 golongan hawa di negeri Perak telah menerima bantuan Kiosk Biznita sentuhan reka bentuk unik dan mudah dibawa untuk membantu mereka menjalankan perniagaan.

Pengerusinya Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin berkata, pembaharuan itu juga membolehkan peniaga wanita menambah pendapatan keluarga dalam usaha meringankan beban semasa pandemik Covid-19.

IPOH – Program Tuisyen Cikgu Saarani cetusan idea Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad menyempurnakan inisiatif baharu apabila menyumbang telefon pintar berserta data secara percuma kepada murid-murid keluarga B40 terpilih di seluruh negeri Perak.

Buat permulaan sebanyak 20,000 telefon pintar bersama pelan data 10GB percuma disediakan manakala sebanyak 50,000 lagi kad sim bersama pelan data 40GB pula akan diagihkan bagi tempoh 60 hari kepada pelajar terpilih.

IPOH – Angsana Best of Busker yang diadakan pada hujung minggu lalu telah melabuhkan tirainya dengan Lowpro5 dinobatkan sebagai juara.

Lowpro5 yang ditubuhkan pada tahun 2019 dianggotai lima anak muda berbakat besar iaitu Muhammad Nor Azlizam Azrin atau Zam (Vokalis), 28, Mohammad Arsyad Shafeeq (Vokalis Kedua/Gitaris Kedua), 32, Nazwawi Suhaimie (Gitaris Utama), 27, Muhamad Basir (Pemain Bass), 24 dan Amarul Aslam (Cajun) 31.

IPOH - Seramai 164,511 orang pelajar tingkatan satu hingga empat di Perak memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini melibatkan sebanyak 250 buah sekolah.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, pihaknya sentiasa memastikan semua sekolah menengah dan rendah di negeri itu beroperasi sepertimana yang dijadualkan.