- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 727
IPOH- Sikap keperihatinan terhadap sektor pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid19, kerajaan negeri melalui Tourism Perak telah melaksanakan pelbagaikan misi untuk menaikkan semula sektor pelancongan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata statistik industri pelancongan negara pada 2020 mencatatkan kerugian dianggarkan melebihi rm100 bilion dan ianya amat membimbangkan.
Read more: Tourism Perak: Pelbagaikan misi pulihkan industri pelancongan negeri Perak
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1004
Taiping- Majllis Pembandaran Taiping (MPT) menyusun pelbagai program sempena Ulang Tahun Jubli Intan ke-60, Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) yang bermula semalam.
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata ZTNS atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah ditubuhkan pada 1961 oleh ahli-ahli Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan Taiping. Ianya telah dirasmikan pada 7 Mac 1964 oleh DYMM Sultan Idris Shah.
Read more: Tiket masuk percuma untuk pelawat berusia 60 tahun
- Details
- Sheqal Danish
- Pelancongan
- Hits: 1080
IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad diiringi Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pagi tadi meluangkan masa meninjau operasi perniagaan di Pasar Karat Loken atau Ipoh Memory Lane di sini, pagi tadi.
Read more: MB, Datuk Bandar tinjau operasi niaga di Pasar Loken, Pasar Besar Ipoh
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 727
IPOH- Taman tema air Sunway Lagoon (SL) dan Sunway Lost World Of Tambun (SWSL) kembali menjadi tumpuan umum setelah memulakan kembali beroperasinya semalam.
Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Calvin Ho berkata kedua-dua taman tema itu menerima kunjungan orang ramai diluar jangkaan dan mengganggap ianya satu permulaan yang baik.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 1199
IPOH : Gua Matsoorat bakal menjadi geotapak ke-19 dalam Geopark Lembah Kinta dan produk pelancongan negeri Perak yang baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata sasaran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjadikan Gua Matsoorat sebagai geotapak yang ke-19 di dalam Geopark Lembah Kinta merupakan langkah bijak dan bertepatan.
“Gua Matsoorat terletak berhampiran Gunung Lang merupakan lanskap batu kapur semulajadi yang strategik untuk aktiviti geo-pelancongan selain berupaya menjadi tapak kajian geologi.
“Kerajaan negeri menyambut baik usaha untuk menjadikan Gua Matsoorat sebagai geotapak dan produk pelancongan. Namun, aspek keselamatan perlu dipandang serius sepertimana yang telah dilakukan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak di Gua Matsoorat dalam mengenal pasti pemetaan, pencirian dan penarafan serta kajian keselamatan bukit batu kapur.
“Beberapa sumber arkeologi telah ditemui seperti lukisan purba dan peninggalan fosil yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan di gua ini. Agensi yang terlibat akan membuat kajian lanjutan seperti pentarikhan dan konservasi bagi melindungi serta menilai artifak sejarah ini ”, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
18 geotapak yang tersenarai di Geopark Lembah Kinta ketika ini adalah Gunung Panjang Gua Tambun, Gunung Datok, Gunung Rapat yang sebahagiannya adalah geotapak seperti Kek Lok Tong dan Sam Poh Tong, Lata Ulu Chepor, Gunung Kanthan, Gunung Lang, Hutan Lipur Ulu Kinta, Gunung Tasek, Mata Air Panas Lubuk Timah, Gua Naga Mas, Air Terjun Sungai Chelik, Jeram Papan, Gua Kandu, Gua Tempurung, jeram Sungai Kampar, Air Terjun Sungai Salu, Air Terjun Batu Berangkai dan Gunung Korbu.