IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak pernah melaksanakan konsep monopoli dalam urusniaga ais kepada peniaga-peniaga di Pasar Borong Ipoh kerana semua perniagaan yang dijalankan adalah mengikut kebenaran lesen masing-masing.

Perniagaan ais di Pasar Borong Ipoh telah dilesenkan pada seorang peniaga selaku peniaga ais tunggal di pasar borong tersebut yang turut pernah mengadu berkaitan isu perniagaan ais tanpa lesen oleh seorang peniaga ikan pada tahun 2016.

IPOH - Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, projek ladang solar keempat yang akan dibangunkan di Bidor tahun hadapan di atas tanah bekas lombong yang telah ditinggalkan tidak akan menjejaskan penempatan Orang Asli di samping membangunkan kawasan yang tidak bernilai.

Beliau berkata, projek pembangunan itu berbeza dengan projek hidro yang kebanyakkan melibatkan sungai yang berada dalam hutan belantara sekali gus melibatkan penempatan Orang Asli.

IPOH – Markas 69 Komando Pasukan Gerak Khas, Kem Ulu Kinta melancarkan buku khas menceritakan Pertempuran Lahad Datu, Sabah yang melibatkan pasukan 69 Komando berjudul, 69 Komando : Lahad Datu 2013.

Majlis pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar.

IPOH – Kebenaran untuk merentas negeri pada hari Sabtu dan Ahad masih boleh dipertimbangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengambil kira alasan yang munasabah seperti urusan pekerjaan dan kecemasan.

Sehubungan itu, masyarakat diminta tidak salah faham berhubung perkara tersebut kerana arahan berkenaan bagi mengelak berlaku salah guna tujuan oleh pihak yang mengambil kesempatan.

TAIPING – Kerajaan negeri Perak serius untuk mungurangkan longgokan plastik yang menjejaskan alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan beg pembungkus mesra alam (biodegradasi) bagi kegunaan harian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, inisiatif itu adalah pendekatan baharu bagi mengurangkan penggunaan plastik sedia ada.